Monday, October 17, 2011


http://homestay-zainiaga.blogspot.com/p/tempahan.html




ZaiNiaga Homestay terletak di Bandar Utama Batang Kali, Daerah Hulu Selangor. Kami menyediakan penginapan Rumah Semi D, 2 tingkat  untuk di sewa secara harian. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu, ruang kerja  yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Homestay ini terletak 9 minit dari Ulu Yam, 23 minit ke Genting Highland Skyway, 15 minit ke Serendah dan 18 minit Kuala Kubu Bharu, 25 minit ke Rawang dan 50 minit ke Kuala Lumpur.

Rumah ini sesuai dijadikan penginapan untuk seisi keluarga yang ingin bercuti dan melancong ke Selangor. Terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati. Untuk mengetahui tempat-tempat menarik untuk dilawati anda oleh baca disini.  Selain daripada tujuan penginapan untuk pelancongan, anda juga boleh menyewa rumah ini sebagai rumah persinggahan sementara untuk keluarga pengantin yang menghadiri majlis perkahwinan di daerah ini. Bagi ibubapa yang datang dari jauh untuk menghantar anak belajar di Hulu Selangor seperti Kolej Komuniti Hulu Selangor, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau IKBN Pertak anda juga boleh menyewa penginapan kami kerana homestay ini terletak hanya 6 minit sahaja dari Kolej Komuniti Hulu Selangor, 11 minit dari Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor dan 18 minit dari IKBN Pertak.

Homestay kami hanya menyediakan penginapan sahaja, tiada makanan disediakan. Untuk membeli makanan anda boleh mengunjungi restoran dan medan selera di Bandar Utama Batang Kali yang di buka seawal 6.30 pagi hingga larut malam.  Jarak homestay kami ke Bandar Utama Batang Kali hanya 700 meter.  Pelbagai jenis restoran terdapat disini antaranya seperti KFC, Marrybrown, restoran makanan kampung, restoran mamak dan lain-lain. Kemudahan lain turut terdapat disini seperti bank, Kedai 7 eleven, stesen minyak, Pasaraya Econsave, cyber cafe, kedai dobi dan pasar. Jika anda tidak mahu membeli makanan di luar anda boleh memasak sendiri. Peralatan memasak dan kemudahan membuat minuman turut disediakan di homestay ini.

Selain daripada kemudahan diatas, kami turut menyediakan 'in house movie' untuk tontonan anda sekeluarga. Terdapat lebih 100 koleksi movie yang boleh di tonton di waktu santai bersama keluarga anda.

UNTUK MENGETAHUI JARAK ZAINIAGA HOMESTAY DARI PEKAN, BANDAR, TEMPAT MEMBELI BELAH, RESTORAN, STESEN MINYAK, STESEN KOMUTER, TEMPAT PELANCONGAN, PADANG GOLF,  DEWAN, SEKOLAH, IPT  SILA KLIK DI SINI
   




PENGUMUMAN :
Corak cadar di setiap bilik mungkin sama dan mungkin tidak sama seperti dalam gambar semasa anda menginap kerana kami akan menukar cadar setiap kali tetamu menginap di Homestay ini.




     



KENAPA MEMILIH ZAINIAGA HOMESTAY?
Berikut adalah keistimewaan Homestay kami:-


·        Semua bilik tidur kami dilengkapi dengan aircond, tilam, selimut, almari pakaian dan almari solek.       TERBARU!!!, kami telah menambah lagi 1 unit aircond baru di ruang tamu. Bagi anda yang alahan menggunakan aircond  kami turut menyediakan kipas di setiap bilik, ruang tamu dan ruang makan.
·        Kemudahan mandian disediakan seperti tuala, shampoo, sabun mandi dan Hair Dryer untuk kemudahan anda berdandan.
·        Kami menyediakan Water dispenser Cool & Hot. PERCUMA 19L RO Water!!!!
·        Kemudahan menyediakan minuman panas dan sejuk (coffee making facilities). PERCUMA NESCAFE SACHETS!!!!
·        Kemudahan memasak (cooking Facilities). Periuk nasi elektrik, pinggan mangkuk Arcopal, periuk kaca Vision, cawan, kuali, pisau sudip dan gas memasak semua disediakan.
·        Dapur memasak  serba moden dilengkapi kabinet dapur dan ‘kitchen hood’ .
·        Peti ais 2 pintu saiz besar (Samsung Refrigerator) boleh menyimpan banyak barang.
·        Ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa dan TV LCD 42".
·        Kemudahan menonton movie. Kami menyediakan Portable Hard disk yang memuatkan 'in house movie'. Terdapat lebih 100 koleksi movie yang boleh di tonton di waktu santai bersama keluarga anda. Kami juga memasang TV Satelit NJOI yang mempunyai 19 saluran TV dan 20 saluran Radio. Khas untuk tetamu-tetamu yang menginap di homestay kami.
·       Turut disediakan All in one Mini Hifi. Anda boleh mendengar lagu, radio, atau mengunakan CD player.
·        Kami menyediakan Mesin basuh dan mesin pengering pakaian untuk kemudahan anda membasuh dan mengering pakaian.
·        Turut disediakan seterika berserta iron board untuk kemudahan anda mengosok pakaian.
·        Ruang kerja, almari dan meja komputer juga disediakan. 
·        Barang-barang permainan juga disediakan untuk kemudahan anak-anak kecil bermain.
·        Kemudahan solat seperti tikar sembahyang dan penanda arah kiblat turut disediakan. 
·        Berdekatan dengan Surau Balai Islam, Sekyen 2. 
·        Ruang meletak kereta yang luas, boleh memuatkan 4- 5 biji kereta ikut saiz kereta. Bas pun boleh masuk dan parking di kawasan lapang di hadapan rumah. Ini memudahkan rombongan pengantin untuk membawa barang hantaran bagi majlis perkahwinan.
·        Homestay kami terletak dekat dengan pekan,  hanya 700 meter (anggaran 5 minit) dari Bandar Utama Batang Kali.  Memudahkan anda membeli belah dan mendapatkan barang keperluan.
·        Homestay ini terletak berhampiran kawasan-kawasan pelancongan. Sila KLIK disini untuk melihat kawasan pelancongan yang boleh anda lawati.
·        Tiada caj dikenakan bagi lebihan orang yang menginap. Lebih jimat untuk penginapan keluarga yang ramai dibandingkan dengan hotel.
·        Harga homestay kami amat berpatutan dengan segala kemudahan yang kami sediakan untuk keselesaan anda.
·        Pelanggan yang tinggal di HomeStay kami kebanyakkannya sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Untuk mengetahui apa kata pelanggan kami. Klik DISINI. 




  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TERBARU !!! KAMI 
MENYEDIAKAN TV SATELIT NJOI












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~