Terma dan Syarat berikut perlu
dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di
homestay kami.
1. Untuk tinggal di ZaiNiaga
homestay anda perlu mengisi borang tempahan yang disediakan di link
berikut: http://homestay-zainiaga.blogspot.com/p/tempahan.html.
2. ZaiNiaga Homestay tidak
menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). Jika anda ingin
menginap di HomeStay kami anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3
hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
3. Selepas anda membuat tempahan, sila
buat bayaran mengikut harga Invois yang kami emailkan kepada anda. Tempahan
anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Polisi homestay kami
adalah "First Pay, First Served".
Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan
pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di HomeStay ini. Dalam kes seumpama ini,
jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka Invois anda
akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa
tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda.
4. ZaiNiaga Homestay hanya membenarkan tetamu
sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu
menunjukkan “Slip Pengesahan Penginapan” dan kad pengenalan /
Passport kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (check-in). Tetamu yang
membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan wajib menunjukan
kad pengenalan. Pihak homestay tidak akan memberi kunci homestay kepada
wakil.
5. Bilangan
penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini adalah 9 ORANG
kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa
tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan maximum 15 ORANG.
Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak
kami tidak membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi
jumlah tersebut kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan
dan masalah air.
6. Sila patuhi waktu masuk (check
in) dan waktu keluar (check out) yang telah dipilih semasa membuat
tempahan. Check in awal atau check out lewat dari masa yang telah ditetapkan
akan dikenakan bayaran sebanyak RM100. Jika
Check out lewat selepas pukul 5.00
petang, bayaran PENUH akan dikenakan.
7. Untuk mengelak kesulitan, sila
semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
8. Sekiranya tempahan dibatalkan
3 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian
anda kecuali wang cagaran RM100 tidak akan dipulangkan. Tapi jika
pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran
sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda
membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah
menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut.
Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap
pada tarikh yang anda tempah.
9. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan
rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap
disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam
pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar.
10. Semua suis elektrik hendaklah di tutup
selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas /
lampu /aircond apabila meninggalkan rumah.
11. Tetamu yang menginap disini tidak
dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang
disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak
pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada
pihak polis.
12. Tidak dibenarkan membawa keluar
barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan
homestay ini.
13. Sila buang semua bungkusan makanan yang
tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
14. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di
larang di dalam rumah.
15. Tidak dibenarkan membawa binatang
peliharaan.
16. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
16. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
17. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada
pihak pengurusan bila anda check-out. Bayaran deposit / wang cagaran RM100 akan
dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah
pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan
di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out serta peralatan dapur yang
digunakan telah dibersihkan.
18. Caj tilam tambahan dikira mengikut
bilangan malam anda menginap pada kadar RM30 untuk 1 set tilam yang mengandungi
1 bantal, 1 selimut dan 1 tilam single (travel mattress). Wang tidak
dikembalikan untuk Tilam tambahan yang telah di tempah, tidak kira samada
anda menggunakan atau tidak mengunakan tilam tersebut.
19. Homestay ini
adalah HALAL premis, penyewa
non-muslim tidak dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, anjing atau
membawa makanan atau barangan yang diharamkan di sisi Islam. Pihak homestay berhak mengambil tindakan kepada mana-mana
penyewa yang mengingkari arahan ini.
20. Barangan yang salah di sisi undang-undang seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam homestay
ini.
21. Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi
undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di homestay ini.
22. Sila hormati privasi jiran sekeliling,
jangan menganggu privasi dan membuat bising hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran
bersebelahan homestay.
23. Jangan
membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay untuk apa tujuan
sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay
untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay
TIDAK akan
menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali
pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke
dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah
tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak homestay akan mengenakan bayaran kepada
anda sebagai penyewa. Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki
segera menelefon pengurus homestay.
24. Jika ada orang
yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman homestay minta mereka
menghubungi pihak homestay sendiri.
25. Jangan membuat
apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke HomeStay.
Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus homestay sahaja.
26. Setiap peralatan
dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan. Jika tidak dibersihkan caj
sebanyak RM30 akan dikenakan dan akan di tolak dari wang cagaran.
NOTIS
PIHAK PENGURUSAN ZaiNiaga Homestay
TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA
TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN
KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.